Pernah tak terfikir…’bestnya kalau boleh senyum macam selebriti Hollywood’?

Alangkah indahnya kalau boleh senyum tanpa rasa segan dengan gigi sendiri.

Anda mungkin faham senario-senario ini…

‘Control’ senyum atau ketawa sebab tak nak pamerkan gigi.

Segan sangat nak bercakap depan ramai orang.

Berangan nak ada senyuman menawan di hari perkahwinan.

Rasa kesal tak dapat berikan first impression yang lebih baik.

Membayangkan apa yang boleh dicapai kalau lah gigi anda lurus.

Kalau anda nak ubah hidup ke arah yang lebih positif…

Mulakan dengan senyuman anda!

Kenapa gigi cantik dan senyuman menawan amat penting?

1

Senyum lebih, stress kurang

2

Meningkatkan daya penarik

3

Menguatkan sistem imun badan

4

Mempengaruhi kesihatan badan

5

Nampak yakin dan bersemangat

Gigi yang kuning, tidak lurus atau rongak akan memberi kesan yang besar pada keyakinan diri.

Anda tahu anda boleh jadi lebih bagus. Tolak tepi rupa gigi: Jauh di dasar hati, anda pun tahu anda sebenarnya cantik atau tampan. Anda juga berbakat. Anda boleh PERGI LEBIH JAUH!

Cuba renungkan – boleh jadi anda sebenarnya suka menjadi perhatian, suka dapat tepukan gemuruh, tapi anda tak tonjolkan diri kerana anda malu dengan gigi anda.

Mungkin anda sebenarnya seorang yang suka melawak dan sempoi.

Anda sebenarnya suka senyum, juga kalau boleh nak ketawa sepenuh hati, tapi anda ‘kontrol’ je. Betul tak?

Realitinya mungkin juga anda teringin nak jadi influencer, nak jadi penyanyi, model, tapi hakikatnya anda tak buat pun aktiviti yang anda suka, sebab anda segan nak tunjukkan gigi!

Dengan pendakap gigi lutsinar atau invisible braces, anda boleh tunjukkan diri anda yang sebenar – Seorang yang yakin, berbakat, penuh semangat, dan ada aura positif. 

SEKARANG ANDA ADA PILIHAN!

Ya, invisible braces bukanlah percuma (nanti kita bincang pasal ni), tapi ia merupakan PELABURAN SEUMUR HIDUP yang akan bawa perubahan besar dalam hidup anda.

become akan bantu anda untuk jadi diri sendiri, untuk serlahkan potensi sebenar anda yang selama ini terpendam.

Dengan become, anda boleh bebaskan diri anda. Tak perlu lagi ‘kontrol’ dan sorok!

Tahukah anda?

Majoriti populasi kita tidak memiliki senyuman yang sempurna. 

Ramai pelanggan kami berkata mereka sudah tak tahan menanggung akibat daripada hilangnya keyakinan diri, dan tak berpuas hati dengan paras rupa sendiri sejak sekian lama.

Tapi yang bagusnya, mereka semua sedar punca perasaan itu:

Gigi yang tidak teratur!

Sekarang, anda ada become untuk membantu anda mengubah hidup anda dengan pendakap gigi lutsinar (invisible braces).

Kenapa mereka memilih invisible braces

Ini mungkin bukan kali pertama buat mereka, tapi semestinya kali terakhir mereka mendapatkan rawatan pelurusan gigi. Kini mereka lebih gembira dan lebih yakin!

Tapi kenapa dalam banyak-banyak pilihan braces, mereka memilih become invisible braces?

Pendakap gigi tetap, terutamanya jenis logam, terlalu menonjol dan mengganggu estetik wajah. Bagi orang yang sedang berusaha untuk memperelok paras rupa dan keyakinan, ini berlawanan dengan objektif memakai braces.

Ramai orang dewasa terutamanya golongan profesional tidak sanggup memakai pendakap gigi jenis logam. Samada berjumpa pelanggan atau keluar dating buat kali pertama, semestinya kita tak mahu benda yang paling ketara, yang paling mereka ingat tentang kita adalah ‘gigi besi’.

Tahukah anda ‘gigi besi’ juga boleh membatalkan kelayakan anda untuk beberapa pekerjaan seperti pramugara atau hos rancangan TV?

Lagipun, dengan become invisible braces, tempoh rawatan adalah sepantas 3 hingga 9 bulan sahaja!

INVISIBLE BRACES DICIPTA UNTUK SEMUA ORANG DEWASA YANG INGIN MEMULIHKAN KEYAKINAN DIRI.

Ibu bapa, pelajar universiti, pensyarah, penghibur, pelakon, atlet, usahawan – hampir semua orang yang berusia lebih 18 boleh mendapatkan become invisible braces.

 

Transformasi become bukan sekadar tranfsormasi senyuman, malah ia merupakan transformasi hidup.

"Anda akan kelihatan lebih kacak!"
"Setiap kali saya melihat ada perubahan, saya merasa lebih yakin untuk tersenyum!"

Apa yang paling kami gemar tentang hasil transformasi pelanggan kami adalah apabila mereka merasa lebih yakin untuk berhadapan dengan dunia!

Apakah itu invisible braces?

Harga terbaik dalam pasaran

Teknologi Swiss, diluluskan FDA and SIRIM

Proses rawatan yang tidak rumit

Hasil dilihat dalam 3-9 bulan

Penjagaan secara personal di setiap peringkat rawatan

Bagaimana ia berfungsi?

Semuanya berasaskan sains! Invisible braces merupakan teknik meluruskan gigi secara mudah, bersih dan tidak menyakitkan. Ia adalah kepingan-kepingan plastik yang direka khas mengikut acuan bentuk gigi pemakai, dan berfungsi dengan menggerakkan gigi secara perlahan-lahan ke arah kedudukan yang ideal.

Dengan memakai invisible braces selama 2 minggu setiap set, gigi anda boleh bergerak sebanyak 0.3mm pada setiap set, sehingga mencapai jajaran yang ideal.

Tau tak secara purata, proses pelurusan gigi become invisible braces hanya mengambil masa 6 bulan sahaja?!?!

Dan perubahan boleh dilihat sepantas 3 bulan!

NOTA: Invisible braces sesuai untuk ‘minor to moderate cases’ (tidak terlalu teruk) sahaja. Rakan doktor gigi kami akan menentukan bahawa kes anda sesuai atau tidak untuk become.

Tak nampak macam pakai braces kan?

Memang 100% lutsinar!

Mulakan langkah pertama di sini, PERCUMA

1: Buat temujanji di klinik sekutu kami.

2: Berdasarkan hasil temujanji, kami sediakan pelan transformasi senyuman anda.

Untuk satu transformasi yang berjaya, anda perlu buat lebih daripada sekadar Google info percuma. 

Anda perlukan rundingan profesional dengan doktor gigi secara personal.

Tapi jangan salah faham pula, tak leceh pun. Anda boleh buat dengan minimum satu sahaja kunjungan ke klinik gigi!

Belum boleh buat keputusan? Tak mengapa, teruskan membaca 😇

Sangat mudah untuk mulakan perjalanan anda ke arah senyuman yang sempurna

Bermula di rumah sahaja

ONLINE, SEKARANG

1. Buat temujanji dalam 30 saat

Pilih lokasi dan tempah slot temujanji 30 minit dengan rakan doktor gigi kami.

HARI BERIKUTNYA

2. Dapatkan imbasan 3D dan konsultasi percuma

Rakan doktor gigi kami periksa gigi dan gusi anda, dan buat imbasan 3D yang langsung tak menyakitkan. Tak perlu rasa takut atau resah seperti temujanji klinik gigi yang lain.

DALAM 7 HARI BEKERJA

3. Terima pelan rawatan transformasi senyuman anda

Pelan rawatan ini adalah percuma, tanpa komitmen untuk membeli. Lihat simulasi perubahan gigi anda dalam 3D. Luangkan masa untuk meneliti pelan ini dan bertanyakan soalan pada rakan doktor gigi kami. Bila dah berpuas hati, boleh beritahu kami untuk buat pembelian!

DALAM 3-4 MINGGU

4. Pakai invisible braces 22 jam sehari

Kami akan hantarkan set lengkap invisible braces ke alamat anda. Tak perlu tunggu set baru tiba, tak perlu pergi ambil di klinik. Hanya perlu pakai 22 jam sehari untuk kesan maksimum!

SETIAP 2 MINGGU

5. Kekal berhubung dengan kami

Follow-up secara online dengan rakan doktor gigi setiap 2 minggu, melalui aplikasi web kami. Tiada temujanji tambahan untuk konsultasi susulan. Apabila smartphone anda di sisi anda, kami juga begitu!

DALAM 3-9 BULAN

HARI YANG DINANTIKAN DAH TIBA! 😁

Setelah memakai kesemua set invisible braces, kini anda dah boleh flex senyuman baru. Tak sabar nak tengok reaksi orang lain!

BAYANGKAN HIDUP ANDA DENGAN SENYUMAN BARU HANYA BEBERAPA BULAN DARI SEKARANG...

Keputusan Yang Anda Ambil Hari Ini Menentukan Masa Depan Anda.

Adakah gambar-gambar di atas buatkan anda tersenyum? 

Senyum memang boleh berjangkit. “Kalau kita senyum, dunia turut senyum bersama kita”

“Tapi Invisible Braces Ni Mahal, Kan?
Rasa Macam Tak Mampu Je”

Kalau dulu, memang betul invisible braces sangat mahal berbanding braces konvensional. Tapi sekarang kemajuan teknologi dalam ortodontik dan imbasan 3D berjaya menurunkan kos untuk rawatan pelurusan gigi. Malah, harga kami lebih murah berbanding braces logam!

Sebelum ini, hanya selebriti, golongan kayangan dan berpendapatan tinggi yang pakai invisible braces. Mujurlah sekarang, tak perlu jadi jutawan untuk memiliki senyuman bertaraf Hollywood!

become adalah produk kayangan dengan harga marhaen!

Kami menawarkan pakej harga fleksibel yang bersesuaian dengan bajet anda. 

Benda boleh bincang, buat apa nak bayar mahal-mahal.

2 pelan pembayaran utama:

SinglePay

RM6,400

RM 5,497

Monthly Plan

RM6,400

RM 5,964

Tak sangka boleh dapat invisible braces harga macam ni, kan?

Lega tak rasanya?

Kami pun rasa lega! Sekarang jom tengok apa yang termasuk dalam harga tu.

Proses simple, harga pun sempoi

Dan anda hanya perlu bayar jika anda berkenan dengan prebiu hasil rawatan.

Harga paling rendah di pasaran, dan termasuk semua yang berikut:

Temujanji 30 minit dan imbasan 3D

PERCUMA


Pelan transformasi senyuman anda

PERCUMA


Beli invisible braces

RM5,497 atau RM266/bulan


Penghantaran invisible braces ke alamat anda

PERCUMA


Follow-up online dan konsultasi

PERCUMA

Setelah menerima bayaran, kami akan menghantar become box yang mengandungi segala yang anda perlukan sepanjang tempoh transformasi senyuman. 

Apakah kandungan become box?

Set lengkap invisible braces

Semuanya dihantar sekaligus dalam satu kotak. Setiap pasang invisible braces adalah unik kerana ia dikilangkan khas untuk anda seorang.

Bekas kecil

Kami sediakan kotak kecil untuk anda simpan invisible braces anda. Anda boleh hiaskannya mengikut citarasa anda menggunakan sticker, serbuk kilat atau pen marker!

Chewies

Chewies merupakan silinder kenyal yang membantu anda memastikan invisible braces anda dipakai dengan kemas dan sekata.

Cas penghantaran? Tiada. 😁

Kenapa pilih jenama become?

Dengan menggunakan teknologi informasi digital dan komunikasi dalam bidang telekesihatan, become berjaya menurunkan harga invisible braces hingga mencapai harga mampu milik.

become diluluskan oleh

Lesen perniagaan diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

GA6992421-66730

Sijil GDPMD yang diluluskan SIRIM

GDPMD 00415

Apa kelebihan become invisible braces?

Jaminan Harga Terbaik
75% lebih murah berbanding pilihan lain.
Proses Yang Memudahkan
Pemantauan jarak jauh, penghantaran terus ke alamat anda.
Sentiasa Di Sisi Anda
Perkhidmatan sokongan dan rawatan khusus individu.

"Ada banyak benda dalam fikiran, saya tak boleh buat keputusan"

Tahukah anda, terdapat ramai orang yang tak yakin dengan senyuman sendiri, tapi hanya 40% daripada mereka buat sesuatu tentangnya!

Sekarang masih belum terlambat. Tapi kalau tak mula sekarang, bila lagi? Lebih cepat anda mula, lebih cepat anda boleh nampak (dan rasa) perubahan pada diri.

SOALAN-SOALAN LAZIM

Anda mungkin ada banyak soalan dalam fikiran. Tak mengapa, cuba cari jawapannya di sini.

become invisible braces

Invisible braces kami diperbuat daripada bahan termoplastik dengan teknologi Swiss bagi memastikan keselesaan dan keberkesanannya. Produk kami bebas BPA, diluluskan FDA, dan mendapat sijil CE dan ISO-13485.

Seorang doktor gigi akan memeriksa mulut anda untuk menilai kesesuaian terhadap become invisible braces. Beliau akan mengesyorkan apa-apa prosedur sekiranya perlu sebelum menjalankan scan 3D dengan pantas dan tak menyakitkan. Akhir sekali, doktor gigi atau pembantunya akan mengambil gambar gigi anda. Ada kemungkinan doktor gigi akan mengambil X-ray, atau anda juga boleh meminta beliau mengambil X-ray gigi anda, namun ini tidak disyaratkan dan kos X-ray akan ditanggung oleh anda.

Tidak. become invisible braces merupakan pendakap gigi lutsinar paling mampu milik di pasaran, dengan harga lebih 50% lebih rendah berbanding Invisalign. Kami menyingkirkan tokokan harga dan juga temujanji tambahan dengan doktor gigi bagi mengurangkan kos yang anda tanggung. Kami juga menyediakan perkhidmatan sokongan dan pemantauan secara online agar anda dapat menggunakan khidmat sokongan kami dari rumah.

Ia bergantung pada kes individu. Setiap kes adalah unik, namun kebiasaannya pelanggan kami mula melihat perubahan setelah 3 bulan menggunakan become invisible braces. Dan pada bulan keenam, anda akan dapat lihat perubahan yang ketara.

Sudah tentu! Semua sekutu kami di klinik pergigian mengamalkan langkah-langkah keselamatan mengikut piawaian yang ditetapkan KKM, dan juga meningkatkan ventilasi udara serta kekerapan pembersihan fasiliti. Mereka juga akan mengambil suhu badan semua pesakit di klinik sebelum dibenarkan masuk.

Sekarang kita semua pakai face mask, dan ada lockdown pula.

Memang ini waktu terbaik untuk makeover dan tingkatkan keyakinan diri!

Lebih cepat anda bermula, lebih cepat anda boleh tunjukkan senyuman baru. Bayangkan saat anda menanggalkan pelitup muka dan boleh senyum dengan bangga!

Ingat, dengan become, tak perlu bayar dulu. Bermula dengan percuma sahaja. Bila dah lihat prebiu senyuman baru dan berpuas hati, baru lah bayar!

Buat Temujanji SEKARANG

Ianya lebih daripada sekadar perubahan fizikal.

 

HUBUNGI KAMI

Kami faham, setiap perubahan hidup mestilah difikirkan dengan teliti sebelum bermula.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan, kami akan jelaskan sehingga anda berpuas hati!

hello@become.my